Wednesday, March 10, 2010

musafir cinta - episode 5

BAB LIMA

Hari ni ada presentation. Aku tak prepare apa-apa lagi. Masa! Argh…alasan…aku yang tak reti manage. Aku memikirkan tajuk yang memberi info yang berguna kepada semua audienceku.

“Aiman! Do you believed that I’m going to sing in front of you today?”

Terkejut barangkali mamat tu.

“Ha? Nope! Ever!”

“Ok..we will see. Okay my beloved audience. Lend me your voice and sing together with me after you listen these lyrics. Promise to be my backup singer. Ok?”

Semua memberi kata setuju.

+/- Title of the post link

“Labbaikallahumma labbai… labbaikala sharikalakalabbai.. innal hamdah.. wani’matah.. lakawalmulk..la syarikalla’”. Aku memberi isyarat tangan agar mengeraskan lagi suara. Biar kelas bergema.

“Thank you. Where ever you heard this song?”

“Makkah!”

“Yes. Every year there almost billion pilgrims went there. I believed ee also are dreaming to go there some day. And today I would like to inform you the most popular gift from Makkah and it is Zam-Zam Water.

Telan air liur sat.

“Today, I would like to inform you ‘The miracle of this unique water’ ”. Aku meneruskan sehingga akhir.

Tepukan gemuruh. Aku hanya spontan memberi apa yang terlintas di minda. Dahlah tunggang langgang aku speaking. Tapi kalau tak cuba, bila nak pandai kan…

Kelas tamat 12.30 tengah hari. Lapar!

Aku terus ke café…

Kena makan..petang ni ada kelas al-Quran. Kalau tak, berbunyi keroncong pula nak ajaq budak-budak nanti.

Panjangnya barisan…..aku tempah meja dahulu. Aku capai telefon dalam beg galasku. 4 mesej diterima.

Salam. Saya Talib. Jangan marah ilah sebab saya yang
paksa dia beri no awak. Harap tak kesah.

Aku kesahlah wei!!

Saya takde niat apa2. just nak kenal lebih rapat lagi.
Awak tak da masalah kan?

Ada..kau!!

Nama penuh awak apa? Saya tahu Ati je. Ambil kos apa?
Saya dengar awk org besar kat kampus? Wahhh

Sebok nak tahu!!!

Awk ader claz ke? Maafla ek. Saya hanya nak kenal je.
Nanti senang awk replyla ek. Salam.

Malas. Aku sebok!

Aku hanya teringat Halilah…….banyak dia hutang aku…

*************************************************

“Kau ni. Asyik jalan je hujung minggu. Menteri pun tak macam kau tau”. Gawat Halilah.

“Menteri bergaji..aku tak..aku ada program kat DQ. Kau kalau aku takde, jangan nakal-nakal. Jangan rindu aku tau!”.

“Takde maknanye. Kau ni macam Talib. Ada je aktiviti. Bukan nak bagitahu program apa. Hmmm” kedengaran keluh panjang Halilah.

“Ha, sebut pasal Talib. Kau bagi nombor aku kat dia kan?”

Hanya senyum. “Hehehe…dia paksa-paksa aku. Aku malas nak dengar bebel dia. Aku bagi jela. Ala…sorilah”.

“Sori naik lori!”

Sama-sama gelak.

“Nanti, kirim salam dengan mas-mas yang gantang disana ya Buk”.

“Ha, sampai aku tua pun tak tersampai sebab disana tiada yang gantang-gantang. Aku pergi dulu”.

Dalam perjalanan, aku tidak berapa sedar sebab banyak tidur. Aku memang macam tu. Pantang dalam kenderaan, kalau jauh alamat memang lost in the wonderland….

Setibanya aku di DQ, aku disambut mesra dengan sahabat lamaku. Sumaiyyah Samsuddin. Lama tak jumpa..banyaklah perkara yang nak dibincangkan.

Tidak lepas juga insiden aku di UM tempoh hari. Tersebar luas nampaknya. Selepas kejadian tu, aku menceritakan semua pada Hafsah agar dia boleh sampaikan pada kawan yang lain. Ternyata banyak pesanan ringkas aku terima memberi semangat.

Sebenarnya tidak ada apa-apa pun. Saja je gempak..hish…

“Macam manila reaksi Prof tu kan Muz?”

“Entahla. Muz risau dia malu nanti. Tapi rasanya dah ok”.

“Kairi apa cerita?”

“Cerita? Mana nak tahu. Su tu..apa cerita. Sekarang kat UIA kan?”

“Dahla. Jangan nak tukar topic ea”.

“Nanti Nuz citer. Jom pergi sekarang. Nanti lambat”.

Malam tu ada ceramah dari Brother Lim Jui Soon. Comparatively religion. Memang best. Aku pernah hadir ceramhnya semasa di Nilam Puri dahulu.

Asyik mendengar, bunyi mesej. Alamak! Lupa nak silent. Gema selawat dari Raihan. Aku terus padamkan sesegera yang mungkin. Bakal kenal jurus bukit ketapang tujuh hari tujuh malam juga pengirim sms ini.

Talib!! Memang dia nak kena.

Salam. Maaf ganggu. Ana ada benda penting nak cakap.


Dia ni tak boleh tunggu waktu lain ke! Boring betul!

Saya ada program skrg. Lain kali.

Ok. Sy tggu. Wasalam.

Apa la hajat dia ni. Hish. Lalu ku tumpu sepenuhnya pada ceramah. Dalam jam 12.00 malam baru habis.

Banyak juga yang dapat dalam pengisian Brother Lim. Bagaiman tanggapan orang kafir terhadap agama Islam.

“Saya cabar kamu, kamu boleh jawab atau tidak soalan saya. Pasti kamu akan berasa panas dan sakit hati bila debgar itu cerita”. Pelat cinanya masih ada.

“ooo..kamu sanggup. Baik, soalan pertama saya. Ni bukan dari saya. Jangan salah faham. Ni soalan dari mereka diluar sana. Saya hanya menyampaikan”. Kami semua ralit menyalin setiap point dalam ilmunya itu.

“Kita sentuh bab rasul. Nabi kita ni seks maniac! Setuju ka tidak setuju?”

“Tidak!!!!” bunyi jawapan yang keras bergema didalam dewan utama DQ itu.

“Baik. Jadi kenapa nabi kahwin aisyah? Budak-budak lagi ooo. Ha, kamu..berdiri”. Brother Lim menunjuk ke arah seorang muslimin.

“Nama siapa?

“Furqan”

“Ada adik?”

“Ada”.

“Umur berapa?”

“10 tahun”

“Ok. Furqan. Minggu depan saya mau pinang adik kamu untuk bapa saya. Boleh?”

Dia kepingaan..suasana hingar.

“Baik..soalan sudah seperti saya dapat agak. Pinangan ditolak. Pasti dia fikir bapa gua orang gila seks. Kahwin sama budak-budak”.

Bertambah hangat lagi dewan itu.

“Ok..soalan kedua. Sanggup teruskan?”

“Mahu jawapan dulu”.

“Aik..enjin baru buka ooo. Belum panas lagi. Sudah mahu jalan?”

Tergelak.

“Ok. Senang saja. Allah perintah nabi kita kahwin dengan aishah. Nabi tidak pernah sentuh aishah ma selagi dia belum baligh. Apa bukti dia seks maniac? Tengok sendiri isteri-isteri baginda. Ada yang uzur dan tua. Kalau sudah fikir tua, buat apa jadi isteri”.

“Banyak soalan lagi ni…sabar dulu”. Itulah antara soalan panas. Memang merah abis muka aku masa tu. Menahan marah. Sampai begitu sekali mereka hina Islam!

“Itulah adik-adik saya sekalian. Kalau kita dibagi soalan begini, jangan jawab dalam keadaan marah. Nanti kamu semua akan jawab dengan emosi. bila campur dengan emosi, kamu akan hilang rasional. Main hentam kromo bila menjawab soalan macam ni. Baru sikit…”.

Betapa banyaknya lagi yangperlu aku belajar lagi. Softskills….itula yang aku kena tingkatkan….

Kat bilik sempat kami borak panjang lagi. Ada bakat pengulas bertauliah macam penyampai tv3. Lewat pagi dalam jam 2 baru dapat lelap semuanya.

Sebelum lena aku teringat Talib. Arh! Mungkin dah tido.

Maaf, program habes lewat.

Tanpa disuruh aku terus hilang walaupun bunyi alunan zikir selawat yang mendamaikan semakin kuat bergema.

Esoknya…selepas habis symposium tarbiyyah, aku terus pulang ke rumah keluarga. Dalam perjalanan pulang, aku singgah di Mc D. Aku teringat Halilah yang suka sangat makan. Aku tak makan sangat. Aku bekalkan untuk adikku yang siap pesan sebelum aku balik. Perlu didik budak tu jangan makan lagi.

“Along..last je..kempunan sangat ni. Kang kena telan batu belah kang..”. Aku menurut. Tak sampai hati.

Keluargaku telah berpindah ke Sentul selepas aku habis diploma. Senanglah aku nak ulang alik dari Kedah. Walaupun jauh tapi lega juga mereka ada di sini. Kekerapan balik lagi tinggi berbanding bila mereka tinggal di Sarawak dulu.

“Boleh tak awak buangkan daging burger tersebut? Saya tak makan”.

Aku tergamam. Tahan gelak. Kesian….

“Tak boleh?! Napa tak bole? Bukan susah? Awak buang jer. Takkan itu pun saya nak ajar! Berniaga apa macam ni!” gertak pemuda itu kepada budak perempuan yang menjaga pesanan di kaunter hadapan.

Aku terkejut mendengar suara pekikan tu. Macam kena rasuk apa mamat ni…

Aku terkejut mendengar suara pekikan tu. Macam kena rasuk apa mamat ni…

“Saya tak peduli. Awak asingkan juga. Kalau tak saya saman syarikat ni dengan awak-awak sekali”.

Kesian budak tu.

“Yang awak ni cik, gelak-gelak…takde kerja lain?!”.

Hailo!! Kenapa aku yang kena? Aku bukan buat apa-apa pun.

“Saya buat apa? Saya gelakkan encik ker? Ada bukti?”

Semakin jelas muka pemuda ni. Aku pernah lihat wajah ni. Tapi samar-samar. Lupa ingatan sekejap.

“Awak jangan nak main-main pula. Kang dengan awak-awak sekali saya saman!”.

Ni dah melampau! “Saudara, awak ingat restoran ni bapa awak yang beli?”

Mungkin terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutku.

“Awak ni memang otak tiga suku betul. Awak tak fikir ke pihak adik ni macam mana? Dia buang daging, maksudnya, tiada dalam pakej yang disediakan!”.

Sengaja aku muntahkan marahku pada orang yang tak tahu berbudi bahasa. Berbudi bahasa! Ya…ingatanku pulih kembali. Mamat rambut ketak dalam bas tempoh hari!

“Dan lagi macam mana dia nak kira? Bayar lebih kang awak pula bising..ada hati nak bawa ke court. Awak kalah teruk tahu tak! Tak baca arahan ke? Ni bukan kedai burger tepi jalan encik oi,”.

Dia hanya diam. Lancang mulutku berkata.

“Awak tak boleh fikir dengan kewarasan minda ker? Awak beli satu set, then buanglah sendiri. Itu pun susah ker? Benda yang simple saja nak susah-susahkan!” hamburku.

Tangannya hampir ke pipiku. Spontan aku melafazkan bismillah. Aku tutup mata. Memang salahku. Hukuman mulut yang celupar memang penampar.

“Eh mana dia?”

“Dia dah pegi kak. Terima kasih”. Penghargaan darinya.

Aku raba pipiku. Nasib…kalau tak, kesian pipi ni..huh! memang dasar lelaki rambut ketak!!! Aku ingat sampai bila-bila….

******************************************

“Kenapa kau ni Fik? Asyik marah jer..tak pernah tak marah. Rimas tau tak!”

Aku malas nak cerita. Biarkan sahaja. Nanti kau..aku jumpa lagi, tahulah nasib kau!

“Dahla..aku nak keluar ni. Nak pesan apa-apa tak?”

“Macam biasa”.

“Fikri-fikri…”, geleng Fathi.

Abrar Fikri bin Umar. Memang baran orangnya. Satu kampus tahu. Yang peliknya dengan perempuan dia baran. Dengan laki tak pula. Biasa je. Dia kata perempuan ni leceh.

Fikri anak orang berada. Anak Dato’ tapi dia tak pernah tunjuk ciri anak Dato’. Ramai yang tidak tahu tentang status sebenar dirinya. Dahlah kaya, pandai pula tu. Setiap semester dekan. Ulat buku…

Ramai yang tertarik pada ketampanan yang ada pada dia tapi tidak pernah dia salah guna. Kerana dia tahu akan hilang jua. Dia juga kerap ke masjid memenuhi tuntutan jemaah. Jadi, siapala yang tidak terpikat..

Pernah ditawarkan ke Syria tapi ibunya melarang. Al maklum..anak tunggal. Siapa yang sanggup lepaskan…rezekinya dapat belajar di Universiti Putra Malaysia disambut baik.

“Ah…gadis itu. Berani dia kata aku tiga suku!” monolog sendiri.

Dah masuk dua kali aku jumpa gadis tu. Semua dalam keadaan yang baran. Gadis itu…siapa?

Aku hampir mengangkat tangan kepada seorang wanita. Ah! Dia yang salah. Siapa suruh mulut lancang!

Tapi aku tak patut bersikap macam tu. Memang betul kata dia. Kan senang aku beli satu set dan asingkan. Kenapa aku tak fikir? Bodoh juga!!

Kesian gadis tu..aku hampir menamparnya…Ya Allah…nasib aku disedarkan dengan kalam Mu… aku terdengar gadis tu berbisik kalam Bismillah.

“Awak ni memang otak tiga suku betul”.

Mata gadis tu membulat. Mata hazelnya berdarah merah akibat tahan marah.

Lembut tapi amat tegas….

Wei Fikri! Kau kenapa! Gila!

Tapi aku harus jumpa kembali gadis itu..minta maaf!!

Ya Allah……….temukan aku dengan pemilik mata hazel itu…


************************************************

No comments :

Post a Comment