Sunday, March 7, 2010

musafir cinta - episode 1

Musafir Cinta (1)(Pengenalan)
Kisah ini dikongsikan bersama syokerati semua sebagai satu wadah penyebaran dakwah dan hiburan berbentuk ilmiah dan santai..harap terhibur..


BAB PERTAMA

“Cepatlah siap Ati”..tingkah Anastasia. Aku bergerak malas.

“Bangunlah. Kata dah janji tadi nak pergi”. Dia mengomel lagi. Pemilik bibir ala-ala Angelina Jolie tu ku tatap mendung.

“Yela..aku bangunlah ni. Baju tak gosok lagi. Malasnya….”.

“Allah murka orang yang mungkir janji”. Aku diam.

“Ok. Mana surat perjanjian kita?” saja menambahkan geram sahabat yang sudah tiga tahun ku kenal. Terusan saja aku dihadiahkan dengan bantal sponge bob busuknya yang entah berapa lama tidak disucikan.

“Wuek!!!” Busuk…aku siaplah ni An. Tak nampak ke?”.

Sedang aku mengenakan jilbab kuning cair, terasa ada pandangan yang penuh khusyuk melihat setiap inci pergerakanku. Anastasia!!!

“Wei..ko dah ambil insurans ke belum? Aku nak langgar mata kau dengan jarum peniti ni. Aku pun dah lama tak pegi penjara”. Aku saja menyakat Anastasia.

Di gelak manja. “Yang kau tu. Pakai macam tu. Memanglah aku tengok”.

“Mek tok! Aku bukan pakai baju nampak pusat, lutut terkoyak. Macam tak pernah tengok aku jak. Taulah menawan, semua tertawan”.

Suara berdekah mengejek merancakkan suasana.

“Perasaan tahap lipan. Kau mana pernah pakai macam tu. Nak kata cantik tak, nak kata tak cantik pun tak. Yang penting kau nampak pelik”. Jujur Anastasia.

Aku melihat rupaku dicermin panjang. Mmm…memang aku tak pernah menggayakan skirt labuh ala saloma dan tshirt paras lutut selain didalam asrama. Kali ni…

+/- Title of the post link

“Dah. Jom pegi. Kang lari pula makanan kat pasar malam tu”. Tingkahku.

Sudah kebiasaan bila ke pasar malam, aku akan membeli mee sup dan burger. Aku lebih gemar nasi kerabu tapi sayangnya tidak ada yang menjual. Anastasia pula serasi denganku. Mee sup utara menjadi pilihan. Ditambah dengan kerepok lekor Mak Besah. Terangkat….

Dari jauh, aku terlihat makhluk yang amat ku kenal. Ya Allah…kenapalah dia pun keluar waktu ini…malam sikit tak boleh ker..nampak dia datang arah bertentangan dengan sahabat rapatnya.

“Assalamualaikum. Awal keluar? Banyak beli barang? Lapar ker? Sapa suatu suara. Aku kenal suara tu.

“Waalaikumussalam. Kami memang kuar waktu ni lah abang Mubarak. Mana da banyak. Dua je”. Balas Anastasia. Aku lebih gemar mendiamkan diri. Dia juga.

“Hai, dua tu lebih dari satu. Banyaklah tu. Kuar waktu macam ni? Kami pun. Tak pernah nampak pun”, hairan abang Mubarak.

“Sebab Allah taknak temukan kita”.

“Yala. Ha,nak bagi tahu. Malam ni ada perjumpaan semua MT persatuan di BM tingkat 2. Bagitahu yang lain k”.

“Apa agenda utama malam ni?” aku pula bersuara.

“Penyatuan dan halatuju semua persatuan”. Singkat dan ringkas dari suara yang membatu dari tadi.

Aku hanya menggangguk dan minta untuk berlalu pergi.

Dalam hati Tuhan sahaja yang tau malunya. Aku bawa Anastasia naik jet pejuang. Memang laju aku berjalan. Sampai beberapa orang aku pintas.

“Ati nampak lain la”.

Abang Mubarak sengaja mendera perasaan ku. Sengaja mencambahkan aura malu yang memang dari tadi dah mula berkembang.

Masa nilah nak bertembung. Dulu-dula tak pula. Ish…sakit betul…

“Ha, apasal muka kau merah-merah ni? Malu ea…” Anastasia mengusik.

“Ish.. takla..aku suka..suka sangat..yang amat”. Anastasi mendekahkan bibirnya yang menegeluarkan suara yang nyaring.

“Tulah kau. Sapa suruh pakai macam ni. Maksud aku bukan tak tutup aurat tapi bukan pakaian biasa kau. Nampak lain la. Tu nasib abang Mubarak yang tegur. Kalau dia? Aku tak tahulah..agaknya kau dah masuk dalam tanah kot. Nak cover malu”. Menyambung kedekahan gelaknya.

“Malu betul. Aku pakai ni sebab malas nak gosok. Waaaaa”.

“Ha, pasni nak pakai lagi tak?”

Laju aku meggeleng 180darjah..

Teringat ustaz Imran ceramah minggu lalu. Pakaian seorang mukmin itu adalah taqwa. ‘Sesungguhnya mereka yang bergelar muttaqin (orang bertaqwa) kerana mereka memelihara diri mereka daripada apa yang tidak ditakuti oleh orang lain’ – Sufian As Tsauri.

Dan ‘Taqwa ialah menjauhkan diri daripada apa yang menjauhkan kamu dengan ALLAH S.W.T’ –Abu Bakar Muhammad Ar Ruzabari.

“Lapar. Jom balik cepat”. Mematikan gelaknya yang semakin galak.

Pada malamnya, banyak yang dibincangkan dan diperdebatkan. Yala, mana taknya…bila organisasi kurang jelas akan hala tuju persatuan, matlamat tidak akan pernah sampai.Aku hanya berhujah bila diminta. aku mencatat segala butiran ke dalam diari harianku. Senang nak megeluarkan satu resolusi yang merangkumi pelbagai aspek. Tiba giliranku…………

“Bismillahirahmanirrahim. Segala yang kita bincang pada hari ini menekankan dasar dan matlamat yang perlu diesakan bagi semua persatuan”.

Aku mengambil nafas.
“Dan perlu ada satu kata sepakat dari semua pimpinan mengenai halatuju dan konsep yang sesuai dibawa dikampus kita. Masalahnya apa? Dan bagaimana? Perkara yang perlu jelas dan yang saya boleh simpulkan dari setiap pembentangan sahabat-sahabat tadi, kita semua inginkan institusi amal maaruf nahi mungkar”.

Aku melihat nota yang aku ambil tadi.

“Perlu diingat, bila kita berada dalam jalan yang Hasan, segala pergerakan kita akan diperhatikan oleh sekeliling”.

Aku telan air liur…tarik nafas sedalamnya…

“Umpanya, bila pimpinan yang berbuat onar, selarikah dengan dasar yang kita kenalkan? Bercakap pong-pang tapi bila tiba tang amal maaruf, kita nampak lain..amal mungkar pula. Saya bukan bercakap atas kapasiti sebagai Presiden PPM dan Ketua Umum JPPK. Tapi atas dasar sahabat yang selama ni kita termasuk saya sendiri terlepas pandang semua ni”.

Semua asyik mendengar bebelanku.

“Kalau dah lalat hinggap pada makanan dan tak nak makan makanan tu, kenapa nak marah dan berang dengan lalat? Dah sendiri tak menutup makanan dengan elok. Lalat buat kerja dia je. Begitulah perumpamaannya. Jangan kita cepat melatah. Kalau ada yang salahkan persatuan dari individu itu sendiri, kena koreksi diri balik. Orang tetap tidak mengaku tutup makanan dengan elok. Lalat juga jadi mangsa”.

Apala aku bagi lalat pula ni…spontan..bedal ja..

“Kesian lalat”. Suara siapa ntah..aku sambung lagi.

“Orang akan nampak terus kesalahan persatuan. Sebab tu penyertaan semakin berkurangan. Kenapa? Dan lepas tu, ramai juga yang dah masuk. Lepas 3-4 bulan keluar balik dari persatuan. Dah tak dengar dah nama dia dalam mana-mana aktiviti. Bla…bla..bla…..”

Hampir sejam juga aku bercakap. Bukan nak tegur aku suruh berhenti. Tengok dan dengar jer. Ish…

Selesai aku menghabiskan hujah, disambung oleh Presiden MUPIS (Majlis Usrah Pelajar Islam). Dari gaya bahasa, dia meyokong ucapanku. Dan bila dia dah bercakap, tidak ada yang berani membantah dan menolak. Bukan tidak ada tolenrasi tapi hujah yang diberikan tersangat bernas dan praktikal.

Perjumpaan tamat dalam jam 12.00 tengah malam. Penat memerah otak, akhirnya kata sepakat telah capai. Aku hanya senyum bila terpandang dirinya. Yalah, nak buat apa kalau dah sama-sama terpandang. Takkan nak sengih katak puru pula.

“Wah. Lama betol orang kuat kita ni meeting”, bungkam Anastasia sebaik saja aku sampai dibilik.

“Nak buat lagu mana. Bukan cek yang jadi pengerusi”.

“Habaq mai apa yang di bincang. Mesti best noh”.

“Esok-esokla wei. Eh An, boleh tak aku tak nak datang kelas esok?”

“Mestiiiilahhhhh boleh!. Aku join sekali k”. Cis punya kawan. Lama aku tunggu dia habiskan ayat. Fikir nak marah tapi dia pula nak sekaki.

“Tak jadilah. Kau ni, bukan nak nasihat aku. Porahhhh…”.

“Nasihatlah tu. Kau je tak faham ayat ironi aku.” Gerutu bibir tebal itu.

“Aku tak bau pun..eleh..dahlah..aku nak tido ni”.

“Ok jom”. Anastasia segera mematikan lampu.

Keesokkan paginya kelas ekonomi. Kelas Encik Ismail. Penuh khusyuk aku mencatat segala isi penting. Ada yang aku kurang faham tapi dipendam je. Biasalah tu. Bodoh sombong.

“Hari ni ada quick test! Keluarkan pen sahaja. Yang lain simpan di depan kelas”. Garau suara dicampur dengan nada yang keras menambahkan kekalutan semua pelajar dalam kelas.

“Waduh…gawat ni. Ati, bagi aku tiru kau. Aku tak faham sepatah apa dia cakap tadi”. Rayu Anastasia.

“Aku pun sama. Kita bedal je la”.

Harapan Anastasia musnah bila meja semakin dijarakkan.Pasrah jelah… sapa suruh tak tanya tadi….

“Ok. Markah test kali ni akan dipampang di luar bilik pensyarah”. Berbau ugutan. Mengharap semua dapat buat sehabis baik..

Ya Allah…takut pula..malu pun ada..semua nampakla macam tu..aargh..tidak..


*********************************************

No comments :

Post a Comment