Cuti semseter berbaki 3 minggu lagi..selepas berita itu, agak lama aku mententeramkan diri. Aku harus redha. Semua adalah ketentuan-Nya. Dua minggu dia pergi…
Mohd Firdaus Azlan.....
Mohd Firdaus Azlan..
+/- Title of the post link
Bagaiman harus aku menghadapi semuanya? Aku sahkan perkara ni melalui keluarganya. Aku amat mengharapkan ianya palsu. Tapi….
Ya ALLAh…tempatkanlah rohnya dikalangan orang yang beriman…aku ingin sekali pergi menatap wajahnya, tapi jauh sangat di Rusia. Mayatnya terjatuh gaung apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya terlanggar seekor kambing…
Kerana kambing…mmm… kun fayakun….semoga kau tenteram disana sahabatku…aku capai buku pemberiannya. Aku usap dan teringat wajah terakhirnya di airport. Air mataku gugur tanpa disuruh.
Terusan aku bangun untuk berwuduk. Lepas usai solat hajat, aku ingin menyambung tidurku yang terganggu dengan mimpi kedatangan Firdaus. Mungkin aku sering ingat dia sejak-sejak ni agaknya…
Telefon berdering. Siapalah yang gatal telefon lewat malam ni..dah jam 2 pagi…aku melihat skrin..tiada nama…nombor tidak dikenali..
Aku angkat..
“Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?”
“Errr..waalaikumussalam…nak cakap dengan pemilik no ni..awak tak tido lagi?”
“Hah? Ni siapa? Apa yang boleh saya bantu malam-malam macam ni? Aku semakin tidak senang. Apalagi suara lelaki.
“Maaf cik Ifah. Saya hanya berniat nak miskol je. Tapi tak sangka awak angkat pula”. Kendur suaranya.
“Ok. Kalau takde apa-apa. Saya nak tidur dulu”. Aku meminta izin.
“Eh kejap. Cik Ifah tak kenal saya?” pemanggil tu cuba memanjangkan perbualan.
“Saya tak kenal dan tidak berminat nak kenal”. Aku serius.
“Garangnya dia. Cubala teka”. Main-main pula mamat ni. Aku lempang baru insaf kot.
“Awak ingat ni peraduan ke..teka dan menang. Dah. Saya nak tidur”. Hampir aku nak menekan punat merah.
“Awak memang pentingkan diri sendiri Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie”. Aku dengar. Terbantut perlakuanku untuk mematikan. Aku diam. Menunggu bicara yang seterusnya.
“Kalau macam ni awak layan orang, memang tidak ada yang nak dekat dengan awak”. Aku diam.
“Saya Abrar Fikri Umar. Saya tahu saya salah dengan awk. Tapi sukar sangat ke nak terima maaf saya. Saya dah insaf.” Dia meluah rasa.
Abrar?? Anak Dato’ Umar? Aku baru tahu seminggu yang lalu bila Kak Mardhiah membuka cerita tentang ada fasi anak Dato’.
“Awak perlu ingat. Jangan ego tinggi sangat. Nanti tidak ada lelaki yang akan dekat dengan awak”. Dia membebel lagi.
Aku tersentak..Firdaus..ya..kini tiada lagi..perasaanku syahdu bila terkenang dia. Aku menahan sebak.
“Encik Abrar..dah habis cakap? Saya mengantuk”. Aku ingin tamat segera. Aku tidak tahu sampai bila aku dapt tahan suara yang bakal berubah nanti.
“Awak memang kejam. Pakaian saja tidak melambangkan peribadi. Buang masa!”.
Aku tidak tahan lagi dengan hinaan lelaki ini. Aku tersedu juga akhirnya. Dia diam.
“Cik Iffah..cik Iffah..mmmaafkan saya. Saya tak bermaksud”. Dia mula gagap. Tidak selancar meluah kata seperti peluru tadi.
Aku diam. Lama.
Aku gagahkan juga untuk berkata. “Saya tahu saya pentingkan diri. Kalau tidak, saya takkan minta tempat duduk kan? Saya memang pentingkan diri.. kalau tak, ada budak yang masuk mahkamah kan. Saya memang pentingkan diri, kalau tak muka saya dah cacat sebab dilempang orang kan?” aku luah semuanya.
“Memang tidak ada lelaki yang berani rapat dengan saya. Sebab saya pentingkan diri”. Aku menahan rasa. Mengumpul kekuatan.
Mula tersedu. Mucus mula menyumbat di batang trakea. Aku ingin teruskan lagi. Lelaki ini perlu diajar.
“Saya tidak perlu lelaki dekat dengan saya. Saya dah ada ALLAH”. Aku sebut nama Tuhan…..hatiku memulakan penyejukkan.
“Saya tak minta tu semua. Insan yang istimewa dalam hidup saya kini dah tiada. Saya…” nadaku semakin mendatar. Aku tidak dapat teruskan. Air mata terlalu banyak tumpah.
“Sebab tu awak nangis hari tu Ifah? Kenapa? Apa yang berlaku? Ceritalah dengan saya”. Dia menawarkan dirinya.
“Dia accident. Masuk gaung. Saya sangat hormati dia. Dan kini…dia tiada. Kawan gaduh saya dah tiada. Paling syahdu saya tak berpeluang lihat jenazahnya”…
“Kenapa?”
“Arwah di Moscow. Dia belajar di Yolgograd State Medical University”.
“Boleh saya tahu, dia siapa?”
“Mohd Firdaus Azlan”.
“Tunang awak?”
“Tidak. Kawan rapat sejak sekolah lagi”.
Tiba-tiba angin kuat dari bilikku. Gelas kosong tercampak. Aku terkejut.
“Subhanallah..astagfirullah…apa yang aku buat ni..”. Aku mula panik. Aku ceritakan perihalku dengan dia Ya ALLAH…
Aku terus matikan telefon. Aku offkan terus. Aku menekap muka dibantal.. menangis..
***************************************
“Along, jangan lupa datang tau. Syahid tunggu”.
Permintaan adik kecilku berumur 12 tahun. Dia minta aku hadir sekali dengan makayah ke majlis penganugerahannya. Dia mendapat pelajar terbaik untuk Perak Tengah.
Sejak umurnya 9 tahun, dia meminta sendiri untuk tinggal bersama dengan pakcikku di kampung. Katanya ingin rasa suasana pelajaran di kampong. Emak berat hati tapi dia berkeras ingin berdikari demi masa depannya. Dia dah buktikan kesungguhannya dengan kejayaan 5A..dan kini pelajar cemerlang..gembiranya mak dan ayah sukar digambar.
Kami sampai agak lewat sedikit tapi sempat menghadiri di tengah ucapan Tan Sri Tajol Rosli. Diselangi beberapa persembahan dari kanak-kanak sekolah itu. Syahid juga tidak ketinggalan.
Choral speaking dalam bahasa arab! Sangat menarik.. aku senang memahami sebab gaya bahasa yang digunakan sangat ringkas dan mudah. Kemudian acara penyampaian hadiah. Aku sempat merakam detik-detik indah Syahid bila diumumkan sebagai pelajar terbaik.
“Mak Yang, mak mana?”
“Tu ha..kat kantin sekolah. Makan dengan ayah kamu. Long, kejap”.
Aku menurut.
“Ustaz, ni anak buah aunty. Along, ni ustaz syahid”.
Aku hanya tunduk tanda kenalan. Kurang jelas.
Ustaz tu semakin menghampiri bila makyang memanggilnya datang dekat. Kami dipisahkan dengan palang yang lebar.
“Ustaz ni namanya Jundi Nuriman Abdul Khauf, ustaz kepada Syahid”. Aku mengangkat kepala. Tidak berkedip aku melihatnya. Aku membuntang mata. Sungguh tidak percaya..
“You are here?”.
“Ya. I’m teaching here”.
“Along kenal ustaz Jundi?” soal makcik saudaraku yang juga guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Changkat Lada.
“Kenal..tapi dia bukan..”.
“Saya Malaysian and Muslim”.
Aku tertunduk malu. Tulah…ikut hati sangat..tapi sapa suruh rupa dia ala mat saleh..huhu..
“Saya minta maaf. Saya tak tahu Ustaz ni Malaysian dan Muslim. I thought..eh..saya ingat mat salih”.`
“Eh..tak pe..saya faham..saya pun boleh belajar bahasa Inggeris dari cik Muzlifah”. Aku terkejut. Macam mana dia tahu namaku.
Tapi takkan nak tanya pula. Setahu aku, Mak Yang tak sebut pun nama. Musykil…ada kasyaf kot ustaz ni..
Aku terpandang mak..aku minta izin berlalu dari Mak Yang dan ustaz Jundi.
***************************************
“Badrul..ana jumpa dia lagi. Memang ALLAH Maha Perkenan”.
“Enta jumpa siapa ni?”, suara minta kepastian di telefon Motorola W121i.
“Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie!”
No comments :
Post a Comment